Pages

Saturday, January 08, 2011

Tips Perjalanan Jauh Menggunakan kapcai - Bahagian 1

Perjalanan jauh menggunakan kapcai adalah sesuatu yang memeritkan urat sendi manusia biasa. Namun, bagi mereka yang pernah melauinya, pengalaman itu pasti sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Berikut adalah sedikit tips untuk kapcai yang ingin saya kongsikan bersama;
1. Servis kapcai anda terlebih dahulu.
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, adalah dinasihatkan supaya anda menservis jentera kesayangan anda itu sehari sebelum perjalanan. Cuci karburetor, Tukar minyak hitam, spark plug.

2. Periksa Ketegangan Rantai
Periksa ketegangan rantai motosikal anda. Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat.
Juga, pastikan set sprocket dan rantai kapcai anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan, pilihlah set sprocket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda.

3. Periksa tayar
Periksa tayar kapcai anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. Malang tidak berbau, tayar anda mungkin pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh.
Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).

4. Pasang 'rear box'
'Rear box' amat berguna bagi perjalanan jauh. Ianya boleh digunakan untuk menyimpan helmet, pakaian, Baju hujan, peralatan motosikal dan sebagainya. 'Rear box' dapat melindui barang - barang anda dari basah hujan kerana ianya kalis air.

Akhir sekali, sebelum bertolak pastikan kondisi kapcai anda berada didalam keadaan baik iaitu cukup minyak, lampu signal, lampu depan dan belakang berada dalam keadaan baik. Selamat menunggang... Akhir kata, berhati-hati di jalan raya..


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Tunang + Kahwin

Daisypath Anniversary tickers