Pages

Sunday, January 09, 2011

Korbu - Gayung

Bulan lepas, saya berpeluang memandu arah sekumpulan pendaki dari Singapura mendaki Gunung Korbu dan Gayong. (Info tentang gunung-gunung tersebut.. klik sini)

Saya dimaklumkan secara akhir oleh Radak Adventure Consultant berkenaan ekspedisi tersebut iaitu pada pukul 11.30 malam sebelum hari ekspedisi bermula. Malam itu juga dengan agak kelam kabut, saya bertolak dari Butterworth ke Ipoh. Nasib menyebelahi saya kerana masih ada bas ekspress pada waktu itu.

Setibanya di Ipoh, segala peralatan perkhemahan dan makanan telah disediakan oleh sahabat baik saya iaitu Encik Hafiz.

Log perjalanan ekspedisi:

Hari Pertama
1100 - Mula trekking
1230 - tiba di air terjun. (lunch)
1400 - Tiba di Kem Seroja
1630 - Tiba di Kem Kijang. Bermalam

Hari Kedua
0900 - Mula trekking
1030 - Tiba di Last Water Point
1230 - Tiba di Bukit Botak (lunch)
1400 - Tiba di puncak Korbu. Bermalam

Hari Ketiga
0400 - For the 1st time in my life, trekking freebody ke puncak Gayong pukul 4 pagi. (para pendaki nak tengok sunrise di puncak gayong).
0630 - Sampai puncak Gayong. Trekking ke situ agak perlahan kerana hujan, keadaan masih gelap, dan trek berlumpur.
0740 - Sunrise tak nampak pun. Trekking balik ke puncak Korbu.
0930 - Tiba di Puncak Korbu. (Breakfast).
1000 - Trekking
1200 - Tiba di Bukit Botak. (Lunch)
1500 - Tiba di Kem Kijang.
1730 - Tiba di Kem Seroja. (Bermalam)

Hari Keempat
1000 - Mula trekking keluar
1130 - Tiba di air terjun
1330 - Tiba di Starting point(dam).. Naik van keluar...

Jom kita tengok snap pics ekspedisi ini...

pendaki - pendaki muda Singapura yang cergas

penuh semangat berpasukan

Starting point. Pokok hujan dah gelap gelemat.

Panjat jangan tak panjat

sungai perlu diredah beberapa kali
Air terjun
air terjun nie memang best
sampai di kem seroja. Penerangan serba sedikit oleh saya.. hehe
memerhati unggas di rimba
mari membajak
nepenthes
dipteris conjugata
keperitan Chuban
puncak korbu


air terjun
cantas-mencantas

langit biru

puncak gayong

sunset di puncak Korbu



sunset puncak korbu
gembira sampai puncak


turun chuban
mandi manda

terjunan gaya bebas

Jika anda berminat untuk mendaki gunung korbu dan gayong; bolehlah menghubungi saya.. =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Tunang + Kahwin

Daisypath Anniversary tickers